Fruity Strawberry Heart

Rakan blogger :D

Total Pageviews

Sunday, April 3, 2011

Perasaan,

Go to hell. Sebenarnya hati kau cukup rasa sedih. Aku terasa seperti menjadi seorang pembunuh. Yang aku bunuh adalah hati dan perasaan cinta aku terhadap dia. Aku harus belajar melupakan dia. Harus belajar menerima bahawa cinta terlarang ini tidak akan membawa ke mana mana! CINTA itu akan menjadi indah apabila ada kasih sayang, kesetiaan dan rindu. Sayang sekali aku tidak punya itu semua. hati aku kosong! Aku tidak tahu erti cinta aku terhadap dia yang bernama lelaki itu. Definisi cinta aku terlalu abstrak, sukar di fahami. Hari demi hari, hidup aku ini sudah tiada indahnya lagi. Lelaki itu tidak ingin bersikap pesimis, satu sikap yang amat merugikan. Tetapi pertahanan diri aku semakin roboh. Pernah suatu malam aku terbangun, lantas mendapati aku melihat bulan dan bintang sunggu indah sekali ciptaan tuhan tetapi pandangan aku kabur, masih tetap kosong dan dingin. Aku sedih.
Aku benci dia. Aku memang tidak dapat lupakan kenangan lalu. Bertahun aku bersendirian, siapa kata aku sukakan kesepian ini? Kesepian ini amat menghimpit dia. Terkadang aku menangis sendiri, ingin keluar dari kesepian ini, ingin gembira seperti dahulu. tapi aku tak mampu. Bagaimana lagi aku harus lakukan? Aku buntu dengan semua ini. Tekanan menemani aku setiap detik. Tangisan mulai membasahi pipi, akhirnya aku tewas jua di himpit kenangan lalu. Patut kah aku mengingati? TIDAK. Dia sedang bahagia, bahagia bagaikan bintang menyinari bulan. Terkadang aku rasa, aku seperti seorang yang tiada hala tuju. Aku sedih, aku sunyi :( kadang kadang tuhan memberi sinar kebahagiaan tetapi sinar itu datang seperti tidak ikhlas. Hanya sekadar isyarat untuk tabah kan diri. Terima kasih Ya Allah.

No comments:

Post a Comment